Monday 18 December 2017

APA HAK SAYA: FREE EBOOK




NAK FAILKAN KES TAPI TAK TAHU KES APA YANG BOLEH DIFAILKAN





Pening dan serabut fikir apa tuntutan yang anda boleh buat. Tuntutan apa yang boleh difailkan?

Ebook ini menjawab segala persoalan yang selalu ditanya orang awam iaitu APA HAK SAYA?.

Saya kongsikan dalam ebook ini maklumat paling asas iaitu:


  • Kes-kes dan tuntutan yang boleh difailkan dalam tempoh perkahwinan
  • Kes kes dan tuntutan yang boleh difailkan selepas perceraian.
  • Tempoh, masa dan tempat kes boleh difailkan
  • Pihak mana yang boleh memfailkan kes, 
  • Mahkamah mana yang mendengar kes-kes tersebut
  • Dokumen-dokumen berkaitan dengan kes.

Download secara percuma saja di KLIK SINI

Sunday 10 December 2017

WANITA INI SECURE HAK BELIAU TERHADAP NAFKAH YANG RAMAI WANITA TIDAK BUAT




KISAH WANITA (ISTERI) YANG ADA ILMU.

Hari ini saya kendalikan satu kes tuntutan tunggakan nafkah anak dan tunggakan nafkah isteri.

Seorang wanita memfailkan tunggakan nafkah anak dan nafkah isteri yang telah tidak dibayar oleh suaminya semasa dalam tempoh pernikahan.

Saya mewakili Defendan (bekas suami) dalam kes ini. Apa yang saya nak highlightkan bukanlah kenapa saya wakil Defendan. (Saya pasti ramai yang nak tanya ni).

Saya nak kongsikan bagaimana Plaintif ini bijak dan ada ilmu berkaitan haknya dalam rumahtangga.

Wanita ini telah memfailkan satu tuntutan nafkah anak dan nafkah isteri semasa dalam perkahwinan beliau lagi. Beliau tidak tunggu lama bila suami beliau mula culas dalam membayar nafkah. Bila nampak macam tak konsisten je beliau terus dapatkan perintah mahkamah.

Nampak macam simple tapi kesannya besar. Tak ramai yang macam beliau yang berbuat begitu. Kebanyakkannya tunggu bila berlaku perceraian baru mula menuntut. Tak salah jika buat begitu. Mungkin itu lebih baik sebab kalau fail dalam tempoh perkahwinan nanti keruh pulak hubungan suami isteri.

Tak kisah tempoh yang mana nak difailkan. Cuma jangan letakkan dalam mind kita kes nafkah hanya boleh dituntut selepas bercerai. Ramai yang percaya nafakh jika ada masalah hanya boleh dituntut selepas bercerai. Itu sangat tidak tepat.

Bukan kah selepas bercerai tiada lagi tanggungan nafkah melainkan nafkah iddah. jadi untuk menuntut nafkah selepas perceraian tidak tepat. Nafkah yang dituntut selepas bercerai adalah hanya nafkah iddah ataupun nafkah tertunggak sahaja.

Berbalik kepada kes tadi. Bila wanita ini failkan nafkah anak dan isteri. Mahkamah keluarkan perintah arahan bayar nafkah anak dan isteri setiap bulan. Termasuk cara pembayaran sekali. Dengan perintah tersebut hak wanita ini terhadap nafkah diiktiraf oleh mahkamah.

Perkahwinan beliau masih berjalan seperti biasa. Cuma beza nya wanita ini dengan wanita lain adalah dia dah secure nafkah dia dan anak-anak dengan perintah mahkamah.

Jika suami x bayar, atau mengelat dia boleh tuntut kemudian sebagai hutang pada mana yang tertunggak. Dan itulah yang beliau tuntut sekarang bilamana suami beliau(kini bekas suami) gagal konsisten dalam pembayaran nafkah selepas perintah dikeluarkan.

Berdasarkan perintah tersebut beliau dapat buat kiraan yang jelas berapa tunggakan yang tidak dibayar. Itu gunanya ada ilmu dalam  rumah tangga.

Moga ada manfaat untuk semua.

Gambar sebagai hiasan.

Wednesday 8 November 2017

NIKAH SUDAH TAPI DAFTAR BELUM (NIKAH SINDIKET @ NIKAH SEMPADAN)




SUDAH NIKAH TAPI TAK BERDAFTAR
(Jangan baca, takut tak boleh tidur malam)
.......................................................
Nikah tak berdaftar memang mudah pada awalnya tapi bahana akan datang jika tak berdaftar. Nikah sempadan ke nikah sindiket ke, nikah kat rumah ke kalau x buat pengesahan dan tak buat pendaftaran akan mengundang masalah demi masalah kemudian hari.
.

Beberapa client yang saya jumpa baru baru ini merana bila masalah bertimpa timpa. Ada yang langsung xde surat nikah. Ada yang nak daftar pasangan pulak mati, yang dah beranak anak pulak tak boleh daftar. Ada yang belum sempat daftar dah kena cerai. Rata rata mereka kusut dan tertekan dengan masalah yang datang selepas itu.
.
Tapi saya nasihatkan mereka, ada jalan nak selesaikannya. Kena buat satu satu. Lambat laun akan settle. Ada jalan nak selesaikannya.
.
2 tahun lepas seorang pemandu teksi dan pasangannya nak daftar anak kedua x lepas di JPN. bila diperiksa barulah tau nikah x sah sebab ditipu sindiket. Sijil nikah mereka palsu. Bertindih dengan pasangan lain. Nangis la makcik dan pakcik ni. Risau mereka dengan nasib anak mereka tersebut.
.
Mereka datang pejabat ceritakan masalah mereka. Air mata makcik xyah citerla. Sepanjang masa menangis. Saya bagitau makcik dan pakcik. Benda ni ada jalan nak selesaikan. Cuma makcik kena sabar dan berdoa.
.
Hampir setahun juga saya uruskan kes mereka. Dengan kes farak nikah, nasab anak, nikah semula dengan wali hakim. Alhamdulillah selesai. Mereka nikah semula dengan nikah baru. Dua orang anak diputuskan mahkamah sebagai anak yang nasab dengan bapa. Panjat syukur mereka. Mana taknya, mereka percaya anak mereka akan jadi tidak sah taraf bila nikah mereka ada masalah.
.
Nasihat saya. Ambil tindakan untuk daftar nikah anda tak kira anda nikah sendiri, nikah sempadan atau nikah sindiket. Jangan biar terlalu lama tanpa sebarang dokumen yang sah. Yang penting ianya berdaftar dengan pejabat agama dan disahkan sah oleh mahkamah syariah.
.
Moga ada manfaat untuk anda semua.
P/s : ada pertanyaan boleh email di peguamsyariemohd@gmail.com.
kita bantu mana yang boleh.

Monday 6 November 2017

Thursday 2 November 2017

NAK TUNTUT HAK JAGAAN KE HAK LAWATAN


 
 
 
HAK JAGAAN KE HAK LAWATAN?
MASA SATU YANG BOLEH/ PERLU DITUNTUT?

Pernah tak anda tertanya kalau nak tuntut anak ni nak failkan
jagaan ke lawatan? Boleh tak failkan jagaan saja atau nak fail lawatan saja.

Sebenarnya bukan anda sahaja yang ada persoalan camni, ramai juga yang saya jumpa keliru berkaitan perkara ini.
Sebenarnya hak jagaan dan lawatan ni dibicarakan dalam kes yang sama iaitu kes hadhanah. Dalam kes yang sama juga penentuan siapa yang dapat hak jagaan dan siapa yang dapat hak lawatan dibuat oleh mahkamah.

Perlu kita ketahui ada orang yang perlu kepada perintah hak jagaan anda. Ada orang yang dia tak berkehendak kepada jagaan anak kerana berasa pasangannya lebih baik menjaganya cuma dia perlukan satu ketetapan waktu lawatan supaya tidak timbul masalah bila nak melawat.

Meh sini saya sharekan sikit info berkaitan tuntutan hak jagaan anak dan lawatan di mahkamah. Tuntutan berkaitan hak jagaan anak di mahkamah ada 2 jenis:

(1) Tuntutan Hak Jagaan Anak.

✎ Tuntutan hak jagaan anak adalah anda menuntut untuk mendapat hak menjaga anak samada anda menutut hak jagaan sementara atau hak jagaan kekal.

✎ Tuntutan ini boleh difailkan selepas bercerai atau semasa proses perceraian. Atas tuntutan ini mahkamah akan memerintahkan berkaitan jagaan anak diberikan kepada siapa yang berhak.

(2) Tuntutan Hak Lawatan

✎ Jika anda hanya perlu kepada hak lawatan sahaja, maka anda boleh menuntut untuk mendapat lawatan sahaja. Tidak kira samada anda mohon untuk melawat sahaja, melawat dan bawa keluar atau lawatan dan bermalam.

✎ Dalam tuntutan ini, walaupun Plaintif memfailkan kes melalui kes hak jagaan anak, cuma dalam tuntutannya disebut hanya mahukan hak lawatan.

✎Atas tuntuan lawatan ini, mahkamah akan tentukan akses atau jadual lawatan untuk anda melawat anak tersebut. Ia lebih memudahkan anda untuk melawat nanti.

➳ Perlu anda ingat, bila mahkamah memerintahkan satu pihak mendapat hak jagaan, maka satu pihak lagi akan mendapat lawatan. Contohnya: jika mahkamah beri hak jagaan kepada ibu, maka bapa akan diberikan hak lawatan.

➳ Justeru jika anda memfailkan kes hak jagaan anak, tentukan pilihan anda. Jika mahu hak jagaan maka tulislah dalam borang yang anda mahu jagaan anak. Jika hanya mahu lawatan anak, mak tulislah dalam borang anda mahu melawat. Lebih cantik lagi kalau anda cadangkan terus waktu lawatan yang anda mahu supaya mudah mahkamah pertimbangkan.

Moga ada manfaat untuk anda. Sharekan lah untuk manfaat orang lain sama
 
                                                                               
  Mohamad Azlin
Tetuan Mohamad Azlin & Suriati Associates
peguamsyariemohd@gmail.com

Sunday 22 October 2017

Dua (2) tips penting berkaitan tuntutan nafkah anak yang akan memudahkan anda.

TUNTUTAN NAFKAH ANAK DI MAHKAMAH SYARIAH. 2 TIPS UNTUK ANDA.

Kes tuntutan nafkah anak adalah antara kes-kes yang banyak difailkan di mahkamah syariah.

Ramai orang tahu tentang hak mereka menuntut nafkah anak. tapi ramai yang stuck dan pening dengan tuntutan mereka sendiri.

Kali ini saya nak kongsikan 2 tips yang boleh bantu anda dan memudahkan anda membuat tuntutan nafkah anak. Sila tonton video ini. semoga ada manfaat untuk anda.



Need consultation? email butiran anda pada peguamsyariemohd@gmail.com

Saturday 13 May 2017

PENGESAHAN LAFAZ CERAI, BILA WAKTU TERBAIK DIFAILKAN?






MASALAH AKAN LEBIH RUMIT JIKA MELEWATKAN PENGESAHAN LAFAZ CERAI DI MAHKAMAH.

✎ Pengesahan lafaz cerai adalah antara kes-kes perceraian yang difailkan
    di mahkamah. Pengesahan lafaz cerai ini berbeza dengan kes
    permohonan perceraian yang biasanya diketahui oleh orang awam.
    Pengesahan lafaz cerai ini melibatkan kes-kes di mana suami telah
    melafazkan talak di luar mahkamah.

✎ Kes pengesahan cerai difailkan bertujuan untuk mengetahui status lafaz
    talak tersebut samada sabit menjatuhkan talaq atau tidak. Jika jatuh
    berapa jumlah talaq yang jatuh.

✎ Menjawab soalan di atas, bila waktu terbaik untuk difailkan? Jawabnya
    secepat mungkin selepas anda mendengar lafaz talaq itu dilafazkan
    suami.

✎ Jangan ambil masa terlalu lama untuk difailkan kerana ianya akan
    merumitkan kes pengesahan tersebut. Antara sebab mengapa ianya
    perlu dibuat segera:

(1) Ingatan masih kuat.

➳ Anda mudah mengingati kejadian lafaz tersebut termasuk mengingati
    bentuk lafaznya, tarikh, tempat, keadaan suami semasa lafaz.

➳ Jika anda masih ingat maka mudahlah untuk anda menyebut dan
    mengemukakan fakta tersebut di mahkamah.

➳ Jika terlalu lama masanya baru nak failkan,  anda mungkin lupa banyak
    fakta yang menyebabkan penyampaian fakta tidak sempurna. kes anda
    juga mungkin tertangguh kerana semua fakta yang saya kongsikan
    tersebut sangat penting untuk diketahui mahkamah.

(2) Bimbang ada lafaz lain lagi.

➳ Lafaz talaq dilafazkan lagi oleh suami pada tarikh lain.

➳ Anda mungkin tidak terjangka perkara ini. tetapi kes sebegini sudah
    banyak berlaku di mahkamah. Lafaz talaq dilafazkan suami banyak kali
    dan ada kalanya sampai 4 lafaz talaq di luar mahkamah.

➳Belum pun selesai status lafaz yang pertama lafaz yang kedua muncul.
   Belum pun sempat bersedih dengan lafaz pertama, kesedihan yang baru
   menjengah.

➳Bila ada lafaz yang berulang, maka kes akan difailkan berasingan. jika
   ada 4 atau 5 lafaz maka 4 dan 5 lah failnya. Setiap satu lafaz diambil
   keterangan untuk ditentukan status lafaz tersebut. Setelah selesai satu
   lafaz barulah lafaz kedua dibicarakan.

✎ Apa akan jadi jika anda tidak failkan segera...kes anda akan rumit..
    justeru, segera kan isu mengenai pengesahan lafaz cerai ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. jika anda rasa ianya bermanfaat, Kongsikanlah sebab ramai orang di luar sana perlukan maklumat sebegini.

                                                                                                                               Mohamad Azlin