Thursday 2 November 2017

NAK TUNTUT HAK JAGAAN KE HAK LAWATAN


 
 
 
HAK JAGAAN KE HAK LAWATAN?
MASA SATU YANG BOLEH/ PERLU DITUNTUT?

Pernah tak anda tertanya kalau nak tuntut anak ni nak failkan
jagaan ke lawatan? Boleh tak failkan jagaan saja atau nak fail lawatan saja.

Sebenarnya bukan anda sahaja yang ada persoalan camni, ramai juga yang saya jumpa keliru berkaitan perkara ini.
Sebenarnya hak jagaan dan lawatan ni dibicarakan dalam kes yang sama iaitu kes hadhanah. Dalam kes yang sama juga penentuan siapa yang dapat hak jagaan dan siapa yang dapat hak lawatan dibuat oleh mahkamah.

Perlu kita ketahui ada orang yang perlu kepada perintah hak jagaan anda. Ada orang yang dia tak berkehendak kepada jagaan anak kerana berasa pasangannya lebih baik menjaganya cuma dia perlukan satu ketetapan waktu lawatan supaya tidak timbul masalah bila nak melawat.

Meh sini saya sharekan sikit info berkaitan tuntutan hak jagaan anak dan lawatan di mahkamah. Tuntutan berkaitan hak jagaan anak di mahkamah ada 2 jenis:

(1) Tuntutan Hak Jagaan Anak.

✎ Tuntutan hak jagaan anak adalah anda menuntut untuk mendapat hak menjaga anak samada anda menutut hak jagaan sementara atau hak jagaan kekal.

✎ Tuntutan ini boleh difailkan selepas bercerai atau semasa proses perceraian. Atas tuntutan ini mahkamah akan memerintahkan berkaitan jagaan anak diberikan kepada siapa yang berhak.

(2) Tuntutan Hak Lawatan

✎ Jika anda hanya perlu kepada hak lawatan sahaja, maka anda boleh menuntut untuk mendapat lawatan sahaja. Tidak kira samada anda mohon untuk melawat sahaja, melawat dan bawa keluar atau lawatan dan bermalam.

✎ Dalam tuntutan ini, walaupun Plaintif memfailkan kes melalui kes hak jagaan anak, cuma dalam tuntutannya disebut hanya mahukan hak lawatan.

✎Atas tuntuan lawatan ini, mahkamah akan tentukan akses atau jadual lawatan untuk anda melawat anak tersebut. Ia lebih memudahkan anda untuk melawat nanti.

➳ Perlu anda ingat, bila mahkamah memerintahkan satu pihak mendapat hak jagaan, maka satu pihak lagi akan mendapat lawatan. Contohnya: jika mahkamah beri hak jagaan kepada ibu, maka bapa akan diberikan hak lawatan.

➳ Justeru jika anda memfailkan kes hak jagaan anak, tentukan pilihan anda. Jika mahu hak jagaan maka tulislah dalam borang yang anda mahu jagaan anak. Jika hanya mahu lawatan anak, mak tulislah dalam borang anda mahu melawat. Lebih cantik lagi kalau anda cadangkan terus waktu lawatan yang anda mahu supaya mudah mahkamah pertimbangkan.

Moga ada manfaat untuk anda. Sharekan lah untuk manfaat orang lain sama
 
                                                                               
  Mohamad Azlin
Tetuan Mohamad Azlin & Suriati Associates
peguamsyariemohd@gmail.com

No comments:

Post a Comment