MASALAH AKAN LEBIH RUMIT JIKA MELEWATKAN PENGESAHAN LAFAZ CERAI DI MAHKAMAH.
✎ Pengesahan lafaz cerai adalah antara kes-kes perceraian yang difailkan
di mahkamah. Pengesahan lafaz cerai ini berbeza dengan kes
permohonan perceraian yang biasanya diketahui oleh orang awam.
Pengesahan lafaz cerai ini melibatkan kes-kes di mana suami telah
melafazkan talak di luar mahkamah.
✎ Kes pengesahan cerai difailkan bertujuan untuk mengetahui status lafaz
talak tersebut samada sabit menjatuhkan talaq atau tidak. Jika jatuh
berapa jumlah talaq yang jatuh.
✎ Menjawab soalan di atas, bila waktu terbaik untuk difailkan? Jawabnya
secepat mungkin selepas anda mendengar lafaz talaq itu dilafazkan
suami.
✎ Jangan ambil masa terlalu lama untuk difailkan kerana ianya akan
merumitkan kes pengesahan tersebut. Antara sebab mengapa ianya
perlu dibuat segera:
(1) Ingatan masih kuat.
➳ Anda mudah mengingati kejadian lafaz tersebut termasuk mengingati
bentuk lafaznya, tarikh, tempat, keadaan suami semasa lafaz.
➳ Jika anda masih ingat maka mudahlah untuk anda menyebut dan
mengemukakan fakta tersebut di mahkamah.
➳ Jika terlalu lama masanya baru nak failkan, anda mungkin lupa banyak
fakta yang menyebabkan penyampaian fakta tidak sempurna. kes anda
juga mungkin tertangguh kerana semua fakta yang saya kongsikan
tersebut sangat penting untuk diketahui mahkamah.
(2) Bimbang ada lafaz lain lagi.
➳ Lafaz talaq dilafazkan lagi oleh suami pada tarikh lain.
➳ Anda mungkin tidak terjangka perkara ini. tetapi kes sebegini sudah
banyak berlaku di mahkamah. Lafaz talaq dilafazkan suami banyak kali
dan ada kalanya sampai 4 lafaz talaq di luar mahkamah.
➳Belum pun selesai status lafaz yang pertama lafaz yang kedua muncul.
Belum pun sempat bersedih dengan lafaz pertama, kesedihan yang baru
menjengah.
➳Bila ada lafaz yang berulang, maka kes akan difailkan berasingan. jika
ada 4 atau 5 lafaz maka 4 dan 5 lah failnya. Setiap satu lafaz diambil
keterangan untuk ditentukan status lafaz tersebut. Setelah selesai satu
lafaz barulah lafaz kedua dibicarakan.
✎ Apa akan jadi jika anda tidak failkan segera...kes anda akan rumit..
justeru, segera kan isu mengenai pengesahan lafaz cerai ini.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. jika anda rasa ianya bermanfaat, Kongsikanlah sebab ramai orang di luar sana perlukan maklumat sebegini.
Mohamad Azlin
Assalamualaikum saya ingin tahu walau tinggal setumah kami seperti orang asing.. Sudah 4 tahun tiada hubungan sebagai suami.. Nafkah semenjak kahwin tidak diberi.. Pernah dipukul oleh suami beberapa kali.. Salah faham saje tunjuk suare kuat dan bawa lari anak bongsu ke umah mak dia.. Bole saye tuntut cerai..
ReplyDeletekalau begitu keadaannya, boleh puan, jika puan berhasrat nak selesaikan masalah puan
DeleteAssalamualaikum...saya ingin tahu,pada september 2017, suami saya ada berkata pada saya di hadapan anak saya, aku lepaskn kau, aku bebaskn kau, antara aku dgn kau sudah tiada apa2 hubungan..adakah talak sudah jatuh..dia juga tidak duduk serumah dgn saya sejak april 2017..bulan november 2017 dia juga sudah tidak memberi nafkah kepada saya..apa yang perlukn saya lakukan?
ReplyDelete