Wednesday 30 January 2019

Ebook FREE- Perceraian dan proses di mahkamah syariah





Siapa ada persoalan dan kekeliruan berkaitan dua (2) isu ini atau anda ada kenal sesiapa yang perlu kepada dua (2) info di bawah:

1, Perceraian dan proses di Mahkamah Syariah (Fasakh, Khuluk, Pengesahan Cerai),  &
2, Perceraian melalui Hakam

Saya ada satu ebook (FREE) dan panduan yang nak dikongsikan yang boleh bantu anda memahami dan bantu anda menyelesaikan kekeliruan/persoalan anda.

Berminat? Boleh klik pada link di bawah.


https://ebooksharing.gr8.com/
https://ebooksharing.gr8.com/
https://ebooksharing.gr8.com/

Wednesday 16 January 2019

Bagaimana prosedur memfailkan kes di mahkamah Syariah?







Bagaimana prosedur memfailkan kes di mahkamah Syariah?



Artikel sebelum ini saya dah kongsikan tentang 5 perkara penting yang anda wajib tahu sebelum memulakan atau memfailkan kes di mahkamah Syariah. 

Artikel ini adalah berkait rapat dengan artikel sebelum ini. Jika anda sudah baca artikel sebelum ini, akan akan lebih faham. Jika belum, boleh baca semula di link ini…. https://mohamadazlin.blogspot.com/2019/01/nak-failkan-memulakanmemfailkan-kes-di.html 



Panduan ini adalah untuk anda yang memulakan kes tanpa diwakili peguam syarie, jika anda sudah melantik peguam, anda tidak perlu fikir semua ini sebab peguam akan uruskan semuanya.

Berikut saya kongsikan prosedur bagaimana anda mahu memulakan kes atau memfailkan kes di mahkamah Syariah:

1.   Datang ke mahkamah Syariah yang berbidangkuasa dan terus ke kaunter mahkamah Syariah untuk mendapatkan borang.

Setiap kes yang anda hendak failkan mesti dibuat dalam borang mahkamah. Borang tersebut diberikan percuma kepada anda yang hendak memfailkan kes. Anda perlu terus ke kaunter dan beritahu anda hendak memfailkan tuntutan atau permohonan. Pihak kaunter akan tanyakan anda beberapa soalan antaranya di mana anda tinggal. Soalan ini nak pastikan anda tidak salah mahkamah dan mahkamah yang anda pergi adalah mahkamah yang berbidangkuasa.

2.   Minta borang mengikut kes yang anda nak failkan.

Memang borang disediakan untuk anda di kaunter. Tetapi tidak semua borang anda bolah ambil.
Anda hanya akan diberikan borang mengikut jenis kes yang anda hendak failkan. Jadi kena sebutlah kes apa yang hendak difailkan. Jadi kena tahu kes apa yang hendak difailkan.  Kalau masih tak tahu, anda boleh tanya di kaunter sebenarnya, tapi proses anda akan jadi lambat. Nak isi borang nanti pun akan ambik masa.

Kan lebih senang kalau anda dah tahu kes apa yang hendak anda failkan.

Beritahu kes apa yang hendak difailkan, pihak kaunter akan berikan. Jika ada beberapa kes, mereka akan beri bebera borang. Setiap satu kes/tuntutan ada borang tertentu.


3.   Isikan borang tersebut mengikut fakta dan maklumat yang diperlukan seperti diminta dalam borang.

Borang yang diberikan berkonsep fill in the blank atau isi tempat kosong. Isi kan saja maklumat yang diperlukan. Biasanya akan ada panduan nak isi disediakan. Jika tidak ada, anda masih boleh bertanyakan pada kaunter.

   
    4. Kepilkan dokumen berkaitan seperti ic, surat nikah, surat beranak anak-anak.
Semua borang perlu dikepilkan bersama dengan borang. Hantar borang bersama dengan semua dokumen sokongan anda.

5. Hantar semula ke kaunter untuk semakan dan bayaran 

Bila dah siap isi, hantar ke kaunter. Pegawai akan semak dan jika  takde masalah, anda perlu buat bayaran di kaunter bayaran. Kalau ada masalah kena betulkan semula. 
Jika selesai bayaran, anda akan diberikan tarikh untuk hadir ke mahkamah. Ambil date yang sesuai yang anda boleh hadir.

Maklumat tambahan untuk anda:

·   Ada 2 kaunter yang perlu tahu di mahkamah Syariah. 1 kaunter pendaftaran dan satu lagi kaunter bayaran. Setiap kes yang nak didaftarkan perlu bayar. Jadi mula urusan di kaunter pendaftaran kemudian ke kaunter bayaran. Jika dah selesai bayar, maka resit kena tunjuk di kaunter pendaftaran.

Biasanya kaunter bayaran akan tutup cepat berbanding kaunter pendaftaran. So kalau x selesai bayaran, pendaftaran akan tertangguh. Jadi nasihat saya sebaiknya jika nak uruskan pemfailan kes, urus sebelah pagi, elakkan datang petang sebab kita terkejar-kejar nak membayar nanti. Masa pun suntuk.


Bawa duit kecil untuk pendaftaran. Jangan bawa duit note besar, sebab kaunter hanya ada duit yang sangat minima setiap hari. Kalau semua orang bawa duit besar susah nak tukar. Bawa lah duit kecil, pegawai kaunter akan senyum kat anda sebab mudahkan dia. Untung-untung anda boleh didahulukan. Orang lain disuruh tukar duit dulu.

Proses pemfailan kes anda pun akan jadi cepat. Kan untung tu!

Bawa dokumen asal dan copy sekali (sebaiknya 3 salinan) supaya anda tidak buang masa nak cari tempat nak Photostat. Kalau boleh buat 4 copy lagi baik. Mahkamah akan guna at least 3 atau 4 copy dokumen dalam setiap kes. Kalau kita dah ada bawa siap boleh bagi terus, tak perlu cari kedai nak copy lagi.

Masa menunggu pendaftaran akan ambil masa sedikit, jadi isi perut siap-siap supaya anda tidak perlu ke cafe untuk makan, bimbang nombor anda terlepas anda kena ulang semula proses. Orang yang menunggu ramai, takut kaunter tidak beri kelonggaran pada nombor yang dah terlepas.

         Moga ada manfaat untuk anda.
          

          Mohamad Azlin Bin Mohamad Razali

Peguam syarie
Tetuan Mohamad Azlin & suriati associates