APA ITU HARTA SEPENCARIAN
Harta
Sepencarian ialah suatu harta alih atau tidak alih yang diperolehi bersama oleh
suami dan isteri hasil daripada usaha dan sumbangan bersama dalam tempoh
perkahwinan mereka dan termasuklah juga nilai harta yang diperolehi sebelum
mereka berkahwin (harta asal) yang telah dimajukan atau ditingkatkan nilainya
dalam masa perkahwinan melalui hasil usaha bersama.
Isu
berkaitan harta sepencarian ini ramainya mungkin sudah maklum mengenai
pembahagian harta sepencarian tetapui ramai yang tidak tahu bila sepatutnya
tuntutan harta sepencarian itu dibuat. Artikel ini akan berkongsi secara
ringkas tentang bila sesuatu pihak boleh menuntut harta sepencarian?
SIAPA YANG BOLEH MENUNTUT?
Harta
sepencarian ini dituntut oleh bekas suami atau bekas isteri sahaja di Mahkamah
Tinggi Syariah.
BILA HARTA SEPENCARIAN BOLEH DITUNTUT?
Ada
3 tempoh yang pihak-pihak yang terlibat boleh menuntut harta sepencarian.
1. Bila
berlaku perceraian.
Bila
perceraian berlaku dan setelah diperolehi perintah perceraian dari mahkamah
maka bermulalah tempoh yang membolehkan isu harta sepencaraian difailkan.
tempoh ini biasanya sudah dimaklumi oleh orang ramai.
Dalam
tempoh ini, apa yang dilihat adalah sumbangan pihak-pihak terhadap perolehan
harta tersebut. Pembahagian harta sepencarian tersebut dibuat berdasarkan
sumbangan masing- masing. Siapa yang banyak menyumbang maka kebiasaannya akan
menerima bahagian yang lebih banyak.
2. Bila
permohonan poligami difailkan.
Selain
perceraian, satu lagi tempoh masa yang membolehkan seorang isteri memfailkan
tuntutan harta sepencarian adalah semasa permohonan poligami difailkan di Mahkamah
Syariah.
Semasa
permohonan poligami difailkan di mahkamah, pemohon (Suami) akan mengemukakan
tahap kemampuannya dan tanggungannya. Selain itu, suami juga perlu menentukan
kiraan nafkah dan giliran bermalam untuk isteri sedia ada dan bakal isteri
serta menentukan harta yang mana diperolehi dalam tempoh perkahwinan mereka
sebelum ini.
Dalam
erti kata lain, sebelum poligami dibenarkan, harta yang diperolehi dalam tempoh
perkahwinan sebelum ini perlu ditentukan pembahagiannya.
Penentuan
ini perlu bagi mengasingkan harta-harta yang diperolehi dalam tempoh
perkahwinan yang lama dan perkahwinan yang baru. Bila penentuan telah dibuat,
tidak lah nanti timbul perebutan harta atau tidak tahu samada harta ni atas
sumbangan isteri pertama atau yang kedua. Jadi tentukan siap-siap sebelum
berpoligami.
Oleh
itu, isteri yang sedia ada akan mendapat hartanya yang diperolehi bersama
dengan suaminya.
3. Bila
berlaku kematian.
Bila
berlaku kematian suami atau isteri, pasangannya yang hidup boleh menuntut harta
sepencarian di mahkamah. proses ini bermula sebelum pembahagian faraid dibuat.
Sebelum
pembahagian faraid dibuat, isteri boleh memohon tentukan bahagiannya dahulu dalam
harta sepencarian.
Contohnya:
Suami
meninggal dunia dan meninggalkan harta iaitu sebuah rumah teres. Rumah tersebut
atas nama suami seorang. Secara jelas rumah tersebut adalah harta faraid dan
perlu dibahagikan antara waris-waris si mati.
Isteri
si mati boleh memohon kepada mahkamah untuk menentukan bahagian beliau dalam
harta sepencarian terhadap rumah tersebut. Maka sebelum harta tersebut
dibahagikan secara faraid maka harta tersebut dibahagikan dulu secara harta
sepencarian.
Jika
mahkamah memutuskan bahagian isteri adalah ½ bahagian secara harta sepencarian,
bermakna baki ½ bahagian sahaja dari rumah tersebut akan difaraidkan.
Mohamad Azlin
(Peguam Syarie)
2hb Nov 2015.
Maklumat yang bagus sebagai panduan.
ReplyDeleteSaya sudah bercerai 8tahun. Bolehkah saya menuntut hak sepencarian lagi, sebelum ini belum pernah menuntut atau mengambil apa2 tindakan. Mohon pemcerahan drpd pihak tuan. Terima kasih.
ReplyDeleteDrpd. Pn. Maylin
boleh sila ajukan kepada mahkamah beserta salinan bukti jika ada
ReplyDelete