Gantung tidak
bertali. Delima dan jalan
keluarnya.
Rumah
tangga yang bahagia menjadi impian setiap pasangan yang bernikah. Sejak dari
menjalinkan hubungan kasih dan cinta hingga mendirikan rumah tangga semuanya
membayangkan rumahtangga mereka bahagia. Tiada siapa yang mahu rumahtangga
mereka bermasalah, bergolak hingga bercerai.
Namun
dalam rumahtangga, ujian dan dugaan tidak pernah putus. Suami diuji, isteri pun
diuji. Pelbagai masalah timbul hingga kadangkala hubungan yang dibina putus.
Sebab itu, ikatan rumah tangga itu disamakan dengan bahtera di lautan. Setiap
masa ombak akan datang menghentam sisi bathera kiri dan kanan. Jika bahtera
tidak teguh, nakhoda pula tidak berpengalaman dan tidak ada ilmu mengendalikan
bahtera. Nescaya bahtera akan tenggelam kerana tidak tahan dihemtam ombak.
Bagi
isteri, kebanyakkan kes atau aduan yang direpotkan adalah mengenai masalah
nafkah, keganasan rumah tangga dan juga masalah gantung tidak bertali.
Gantung
tidak bertali ini adalah satu gelaran atau perumpamaan yang diberikan orang
melayu kepada isteri yang ditinggalkan suami. Secara mudahnya difahami, isteri
yang ditinggalkan atau dibiarkan suami tanpa nafkah, tanpa perhatian, tanpa
perhubungan, tanpa berita.
Isteri
yang mengalami masalah ini jika hendak dikatakan berkahwin tetapi suami tiada,
hendak dikatakan tidak berkahwin tetapi berstatus isteri. Inilah delima yang
dialami sebahagian wanita yang digantung tidak bertali. Ada yang bersabar dan
redho, ada juga yang ambil tindakan menuntut hak.
APA YANG PERLU DIBUAT?
Persoalan
sebegini selalu bermain di fikiran wanita yang digantung tidak bertali.
Kebanyakkannya tidak tahu apa yang dibuat dan lebih malang lagi percaya yang
tiada jalan langsung untuk menyelesaikan masalah mereka. Mereka lebih selesa
berdiam diri dan memendam rasa dan terus dengan keadaan mereka yang dianiayai.
Sebenarnya
ada jalan dan cara yang boleh membantu untuk menyelesaikan masalah anda. Cuma
ianya bergantung samada mahu mengorak langkah atau tidak. Di sini saya
kongsikan langkah atau jalan yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah
gantung tidak bertali.
PERTAMA: ADUAN DI PEJABAT
AGAMA.
Anda
boleh membuat aduan di pejabat agama di tempat anda untuk mendapatkan sesi
kaunseling. Bila aduan di buat kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri akan
dipanggil hadir sesi kaunseling. Sesi kaunseling bertujuan untuk mencari jalan
perdamaian, khidmat nasihat dari pegawai yang bertauliah serta langkah-langkah
yang perlu untuk membetulkan semula kerukunan rumah tangga anda. Nasihat dan
panduan akan diberikan kepada anda oleh pegawai dari pejabat agama.
Masa
sesi kaunseling inilah anda perlu suarakan isu dan masalah yang anda hadapi.
Bila masalah disuarakan maka pegawai agama akan nasihatkan pihak suami supaya
lebih bertanggungjawab.
Sesi
kaunseling ini hanya melibatkan anda dan pasangan di mana ianya dapat membantu
anda dan pasangan mengenal pasti masalah dan penyelesaian nya dengan bantuan
kaunselor. Dengan kehadiran suami isteri ke sesi kaunseling dan hasrat untuk
berubah nescaya rumah tangga anda dapat dipulihkan semula. Yang penting buat
aduan dan jangan berdiam diri sahaja.
KEDUA: PERMOHONAN CERAI DI MAHKAMAH
Sekiranya
sesi kaunseling juga masih gagal, aduan dah dibuat Cuma pasangan anda tidak
mahu hadir ataupun hadir tetapi perbincangan tidak dapat menyelesaikan masalah
anda.
Maka
anda boleh membuat permohonan cerai cara baik di mahkamah. Setelah kaunseling
gagal atau suami tidak mahu hadir ke sesi kaunseling, itu satu signal bahawa
usaha untuk berbaik semula gagal.
Suka
saya nasihatkan bahawa perceraian ini biarlah menjadi jalan terakhir setelah
semua usaha anda untuk berbincang dan kaunseling gagal.
Apa
yang anda boleh buat adalah buat permohonan cerai secara baik di mahkamah. Penyelesaian
secara baik adalah lebih baik dan lebih diutamakan. Perceraian secara baik dapat
menutup aib dan masalah dari diketahui orang luar. Biar selesai cara baik.
Bila
permohonan dibuat, mahkamah akan panggil suami untuk hadir dan menyatakan
pendiriannya. Jika suami setuju setelah lama tinggal berasing, suami akan
lafaz. Masalah anda selesai.
Sememangnya
perceraian sesuatu yang dianggap tidak wajar dan tidak elok di sisi masyarakat,
namun hidup dalam rumah tangga yang tidak ada tanggungjawab, tidak ada kasih
sayang dan terus menerus diabaikan adalah sesuatu yang lebih tidak elok. Rumah
tangga yang sebegini tidak memenuhi kehendak syarak. Syarak menggariskan tujuan
berumah tangga adalah untuk kamu bersenang-senang dan memupuk kasih sayang di
samping menjaga amanah serta tanggung jawab kerana Allah.
Perkahwinan
ada hikmahnya begitu juga perceraian. Paling tidak pun setelah perceraian
berlaku status anda jelas dan diketahui serta banyak perkara boleh dibuat.
Berbeza sekiranya anda terus bergantung tidak bertali.
KETIGA: FASAKH
Fasakh
bermaksud perceraian dengan perintah mahkamah. Fasakh adalah salah satu bentuk
perceraian yang boleh difailkan oleh isteri terhadap suaminya.
Sekiranya
kaunseling gagal, perceraian secara baik juga gagal, maka permohonan cerai
secara fasakh boleh menjadi langkah akhir untuk anda. Tuntutan cerai fasakh
tidak memerlukan sangat kehadiran suami berbeza dengan perceraian cara baik. Sekiranya
anda dah lama ditinggalkan suami dan anda tak tahu di mana suami berada , maka
cara ketiga ini boleh menjadi pilihan anda.
Caranya
adalah anda buat permohonan di mahkamah, mahkamah akan panggil suami. Jika
suami hadir maka kes anda boleh diteruskan. Namun sekiranya dokumen telah
diserahkan kepada suami atau suami tidak diketahui berada di mana, atau suami
enggan hadir, tuntutan fasakh masih
boleh diteruskan.
Dalam
permohonan fasakh, anda boleh mengemukakan isu nafkah, nafkah batin sebagai
alasan tuntutan carai fasakh. Bila mahkamah pertimbangkan tuntutan anda dan di
buktikan dengan bukti yang kukuh serta saksi. Tuntutan fasakh boleh dibenarkan
dan mahkamah boleh membubarkan ikatan perkahwinan anda dan pasangan. Bila
perceraian disahkan atau perkahwinan dibubarkan, masalah gantung tidak bertali
tidak timbul lagi.
Kesimpulan.
Masalah
gantung tidak bertali ini semakin menjadi isu yang besar dalam masyarakat kita.
Ada yang menempuhnya dengan tenang, sabar dan berdiam diri. Ada juga yang
mengambil langkah menyelesaikan isu gantung tidak bertali ini. Semuanya
bergantung kepada diri sendiri. Masalah ini lebih memberi kesan buruk kepada si
isteri, lebih –lebih lagi yang hanya berdiam diri.
Moga
artikel ini sedikit sebanyak dalam membantu masyarakat di luar sana terutamanya
isteri –isteri yang menghadapi masalah yang sama. Moga ada manfaat.
Peguam
Syarie Mohamad
07.11.15
Salam blh encik hubungi sy,kerana sy mahu pandangan encik untk sy bejaya dalam membela nasb seorg pmpuan yg dgantg x betali 0137198654
ReplyDeleteSalam blh encik hubungi sy,kerana sy mahu pandangan encik untk sy bejaya dalam membela nasb seorg pmpuan yg dgantg x betali 0137198654
ReplyDeletesalam.. inilah yg berlaku pada saya. sudah 4thn berlalu suami gantung tak bertali sy dan bila sy mencari2 kabar berita dia sungguh menyakitkan dia sudahpun berkawen lain dan ada anak. Allah shj tahu betapa sakit dan menderitanya sy. hidup terasa buntu dan sayangnya sy masih menyayangi dia/suami sy. sy seakan redho dengan kenyataan pahit dan sy masih berharap perkahwinan kami boleh dipertahankan lagi.
ReplyDeleteAssalamulaikum
ReplyDeleteTuan, maaf saya ingin menegur penyataaan tentang sesi kaunseling ddi Pejabat Agama. Di Pejabata Agama tidak menjalankan kaunseling tetapi runding cara oleh pegawai agama. Kaunseling Peekahwinan hanya dijalankan oleh profesiopnal kaunseling yang mempunyai lesen yaang dikeluarkan oleh Lemabaga Kaunselor Malaysia. Oleh itu saya memerlukan bantuan tuan membetulkan penyataan di atas semula agar wanita yang gantung tak bertali tidak keliru dengan penyataan tuan di atas
Salam...
ReplyDeleteTuan sye nk tanye klau suami masih de disisi tapi sye ni macam hidup sendri gantung xbrtali...adakh ini sye perlu jumpa kaunseling...dgn hubung sye yg xde naskah..
salam Tuan saya nk mintak pandangan Tuan mengenai masalah yg saya tempuh..saya ada kenal seorang perempuan..dia ditinggalkan suami dia selama 2tahun tanpa nafkah zahir dan batin..tetapi suami dia ada bg duit dekat anak² bila anak² nya mintak..sisuami cuma bg kepada anak²..pada si isteri langsung tak bg apa²..selepas 2 tahun itu emak kepada si isteri ni tak sanggup lihat si anak nya iaitu si isteri ni hidup menanggung beban seperti menjaga anak 4 orang..nk uruskan hal sekolah..hal pakaian makan minum..hari raya..lalu si emak suruh si suami balik kepada si isteri..dan si isteri terima utk balik bersama si suami atas sebab fikirkan anak²..tetapi si suami dan si isteri ni duduk serumah dan buat hal masing²..si suami buat hal si suami..si isteri buat hal si isteri..makna kata masing² buat hal sendiri..tidur pown berasingan..si isteri tidur sebilik dengan anak²..si suami tidur sendiri dibilik..tiada lakukan hubungan batin..si isteri sebenarnya bercinta dengan saya..dan tak nk berpisah dengan saya..hubungan saya dengan si isteri tidak diketahui si suami..sebab masing² tak ambil tahu hal masing²..si suami tidak ambil tahu tentang si isteri..si isteri tak ambil tahu tentang si suami..sekarang ni apakah yg patut saya lakukan tentang hubungan saya dan si isteri itu..kerana si isteri itu mahu bersama saya dan kahwin bersama saya..tetapi takut pulak dengan si suami tentang hal ini..mohon bantuan dan penjelasan dari Tuan..hubungi saya 0184607409
ReplyDelete