Sunday 10 December 2017

WANITA INI SECURE HAK BELIAU TERHADAP NAFKAH YANG RAMAI WANITA TIDAK BUAT




KISAH WANITA (ISTERI) YANG ADA ILMU.

Hari ini saya kendalikan satu kes tuntutan tunggakan nafkah anak dan tunggakan nafkah isteri.

Seorang wanita memfailkan tunggakan nafkah anak dan nafkah isteri yang telah tidak dibayar oleh suaminya semasa dalam tempoh pernikahan.

Saya mewakili Defendan (bekas suami) dalam kes ini. Apa yang saya nak highlightkan bukanlah kenapa saya wakil Defendan. (Saya pasti ramai yang nak tanya ni).

Saya nak kongsikan bagaimana Plaintif ini bijak dan ada ilmu berkaitan haknya dalam rumahtangga.

Wanita ini telah memfailkan satu tuntutan nafkah anak dan nafkah isteri semasa dalam perkahwinan beliau lagi. Beliau tidak tunggu lama bila suami beliau mula culas dalam membayar nafkah. Bila nampak macam tak konsisten je beliau terus dapatkan perintah mahkamah.

Nampak macam simple tapi kesannya besar. Tak ramai yang macam beliau yang berbuat begitu. Kebanyakkannya tunggu bila berlaku perceraian baru mula menuntut. Tak salah jika buat begitu. Mungkin itu lebih baik sebab kalau fail dalam tempoh perkahwinan nanti keruh pulak hubungan suami isteri.

Tak kisah tempoh yang mana nak difailkan. Cuma jangan letakkan dalam mind kita kes nafkah hanya boleh dituntut selepas bercerai. Ramai yang percaya nafakh jika ada masalah hanya boleh dituntut selepas bercerai. Itu sangat tidak tepat.

Bukan kah selepas bercerai tiada lagi tanggungan nafkah melainkan nafkah iddah. jadi untuk menuntut nafkah selepas perceraian tidak tepat. Nafkah yang dituntut selepas bercerai adalah hanya nafkah iddah ataupun nafkah tertunggak sahaja.

Berbalik kepada kes tadi. Bila wanita ini failkan nafkah anak dan isteri. Mahkamah keluarkan perintah arahan bayar nafkah anak dan isteri setiap bulan. Termasuk cara pembayaran sekali. Dengan perintah tersebut hak wanita ini terhadap nafkah diiktiraf oleh mahkamah.

Perkahwinan beliau masih berjalan seperti biasa. Cuma beza nya wanita ini dengan wanita lain adalah dia dah secure nafkah dia dan anak-anak dengan perintah mahkamah.

Jika suami x bayar, atau mengelat dia boleh tuntut kemudian sebagai hutang pada mana yang tertunggak. Dan itulah yang beliau tuntut sekarang bilamana suami beliau(kini bekas suami) gagal konsisten dalam pembayaran nafkah selepas perintah dikeluarkan.

Berdasarkan perintah tersebut beliau dapat buat kiraan yang jelas berapa tunggakan yang tidak dibayar. Itu gunanya ada ilmu dalam  rumah tangga.

Moga ada manfaat untuk semua.

Gambar sebagai hiasan.

No comments:

Post a Comment