HAK-HAK ISTERI SEDIA ADA BILA SUAMI MOHON BERPOLIGAMI
Islam
membenarkan poligami berdasarkan firman Allah dalam surah An-nisa ayat 3 yang
bermaksud:
Maka kahwinlah dengan sesiapa yang
kamu berkenan dari perempuan, dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu khuatir
tidak akan mampu berlaku adil, maka nikahlah seorang sahaja.
Poligami
diamalkan banyak pasangan di Malaysia. Isu poligami memberi banyak respon
positif dan negatif terutamanya bagi wanita. Tidak dinafikan persepsi negatif
banyak diberikan bukan sahaja melalui orang awam malah media juga memberi
gambaran yang tidak enak untuk dibaca.
Poligami
itu tidak pernah salah kerana ianya dibenarkan syarak melalui firman Allah,
malah ianya sunnah Rasulullah S.A.W. Apa yang dibenarkan Allah dan apa yang
diamalkan oleh nabi sendiri pasti sesuatu yang baik.
Apa
yang tidak baik dan silapnya ialah orang yang berpoligami itu sendiri. Banyak
orang lelaki yang berpoligami itu sendiri tidak patuh pada perintah Allah dan
rasul, tidak adil dan tidak bertanggungjawab. Maka jadilah pengabaian isteri
dan anak-anak kerana tidak bertanggungjawab. Pihak yang paling terkesan adalah
isteri pertama (sedia ada). Hak mereka selalu dinafikan.
Artikel
ini saya kongsikan hak- hak yang boleh dituntut isteri sedia ada bila timbul
poligami bagi menjamin hak isteri sedia ada di kemudian hari.
1- Nafkah diri-
-
Nafkah
adalah satu pemberian wajib yang dipertangungjawabkan ke atas suami untuk
isteri. Nafkah terdiri daripada saraan hidup seperti makan minum, pakaian,
tempat tinggal. Dalam perkahwinan, suami dan isteri biasanya tidak terlalu
mengasingkan atau menentukan berapa nafkah yang perlu dibayar suami kepada
isterinya. Ini terjadi kerana sama-sama tinggal bersama dan makan sama-sama.
Mahkamah
juga tidak menentukan jumlah nafkah yang wajib dibayar bila satu pasangan
bernikah. Semua pasangan yang bernikah di Malaysia tidak ditetapkan berapa pembayaran
nafkah yang wajib.
Namun
dalam kes suami mohon berpoligami, semasa suami memohon untuk berpoligami,
suami perlu mengisi borang permohonan untuk berpoligami. Dalam borang tersebut, ada ruang yang perlu di
isi oleh Pemohon iaitu berkaitan nafkah. Suami perlu mengisi berapa nafkah yang
mahu dibayar bagi isteri sedia ada.
Apabila
isteri menerima borang permohonan tersebut, maka isteri akan tahu berapa nafkah
yang akan disediakan untuknya. Tanpa perlu mohon, ianya akan disebut dan
dinyatakan sendiri oleh suami.
Sekiranya
tiada, maka puan boleh mohon mahkamah untuk ditentukan nafkah puan dan boleh juga
mohon cara pembayaran nafkah ditetapkan bagi lebih memudahkan pembayaran nafkah
dibuat.
2. Giliran bermalam-
Isteri
sedia ada boleh memohon pada mahkamah untuk menentukan giliran bermalam. Penentuan
giliran bermalam hanya ditentukan mahkamah dalam kes poligami sahaja.
Giliran
bermalam biasanya di tentukan secara mingguan. Contohnya isteri pertama selama
4 malam, isteri kedua pula 3 malam ataupun mengikut kesesuaian masa yang
difikirkan perlu antara suami isteri. Giliran tersebut akan diperintahkan
mahkamah dalam kes poligami. Perintah tersebut perlu dipatuhi suami selepas
mahkamah meluluskan permohonan poligaminya.
Penentuan
giliran ini perlu supaya suami dan isteri pertama atau isteri kedua tahu dan
faham giliran yang perlu mereka patuhi supaya tidak timbul isu dikemudian hari.
Dengan
wujudnya perintah tersebut, maka hak isteri sedia ada terutamanya hak bermalam
akan terjamin.
3. HARTA
SEPENCARIAN
Harta
sepencarian adalah harta yang diperolehi suami isteri dalam tempoh perkahwinan.
Harta tersebut contohnya seperti rumah, tanah, kereta, atau apa sahaja harta
yang diperolehi dalam tempoh kahwin mereka.
Dalam
permohonan poligami, isu harta sepencarian juga akan dibincangkan. Harta-harta
yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan yang pertama akan ditentukan yang mana
satu milik isteri dan milik suami.
Penentuan
harta sepencarian tersebut perlu kerana suami akan berkahwin baru dan mula
memperolehi harta-harta yang baru dengan isteri kedua. Justeru harta-harta
sepencarian perlu ditentukan dan dibahagikan siap-siap supaya tidak bercampur
antara harta dengan isteri pertama dengan harta dengan isteri kedua.
Penentuan
ini dapat menyenangkan pihak-pihak dan menghindar dari wujudnya perebutan harta
di kemudian hari.
Kesimpulan
Dalam
permohonan poligami, mahkamah bukan sahaja mengambil kira kemampuan suami.
Malah hak-hak isteri sedia ada juga akan didengar dan ditentukan bagi menjamin
hak mereka tidak dinafikan dan diabaikan. Oleh itu, mohonlah hak anda.
Moga
apa yang dikongsikan dapat memberi manfaat untuk pembaca. Wassalam.
Peguam Syarie Mohamad
13hb November 2014
salam.. saya nak tahu ada atau tidak kes-kes permohonan poligami yang ditolak oleh mahkamah?
ReplyDeleteada
DeleteSalam tuan..sy surirumah,suami sy mintak utk berpoligami, sepanjang perkahwinan dia x memberi nafkah duit utk sy.. sy nak tuntut hak sy tp rumah yg kami duduk bukan atas nama rumah kami.. nama rumah nie atas nama majikan yg beri kami duduk..suami sy x membayar apa2 utk rumah.. dan juga majikan suami sy bg rumah dan sebuah kereta dan bukan atas nama suami sy... tp kami mempunya 2 lg buah kete 1 atas nama sy..dan 1 lg atas nama suami sy... makan dan keperluan rumah semua suami sy tanggung..dalam kes nie.. masih bolehkah suami sy berpoligami dan apa hak sy yg boleh sy tuntut
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete