Friday 14 July 2023

5 ketakutan dan kebimbangan orang awam bila menghadapi fasa perceraian.




Perceraian adalah satu situasi yang sulit dan penuh tentangan bagi pasangan yang berkahwin. 

Semua pasangan yang mendirikan rumahtangga berimpikan bahagian mawaddah warahmah hingga ke jannah. hidup bekerluarga dan mempunyai zuriat.Tiada ada yang mahukan perceraian. 


Di Selangor misalnya, negeri yang padat penduduk di Malaysia, statistik menunjukkan peningkatan angka perceraian yang mengkhawatirkan bagi masyarakat yang tinggal di bandar. 


Ujian rumahtangga tidak semuanya kuat dan teguh untuk menghadapinya. Tanpa mengambilkira berapa lama tempoh perkahwinan perceraian masih boleh berlaku. Ada disebabkan tidak serasi, tiada sefahaman, emosi, tiada tanggungjawab ataupun pihak ketiga.  


Berdasarkan pengalaman penulis, sebelum satu pasangan mengambil keputusan untuk berpisah atau bercerai. Ada banyak kerisauan dan ketakukan yang mempengaruhi fikiran dan emosi mereka sebelum benar-benar melangkah berani mengambil keputusan. 


Artikel ini akan berkongsi antara 5 ketakutan dan kebimbangan umum yang dialami pasangan ketika menghadapi perceraian.


1. Ketakutan akan bersendiri: 

Salah satu ketakutan utama bagi pasangan yang bercerai adalah merasa kesepian setelah perpisahan. Nak memulakan hidup baru bersendirian bukanlah satu yang mudah untuk ditempuh atau beradaptasi dengan perubahan apatah lagi yang telah lama berumahtangga.


Perkara ini menjadi sukar pada peringkat awal, namun banyak juga pasangan yang boleh melaluinya fasa demi fasa. Life must go on. Bantuan dan support keluarga dan anak-anak sangat diperlukan dalam tempoh tersebut. 


Namun tidak semua merasa sendiri itu sukar, kerana ada juga pasangan yang telah terbiasa sendirian dalam tempoh kahwin dek kerana sering ditinggalkan atau telah lama digantung tidak bertali. Apatah lagi mereka yang melalui penderaan berat dalam rumahtangga, perceraian bagi mereka satu yang ditunggu-tunggu kerana tidak tertanggung lagi siksanya. 


2. Ketakutan akan menghadapi tekanan yang serius berterusan: 


Perceraian sering kali menyebabkan kesan emosional yang signifikan pada pasangan yang terlibat. Mereka mungkin mengalami kemurungan, stress, depresi, dan rasa sakit yang mendalam. Hal ini timbul bila mula memikirkan perceraian, mulakan hidup baru, kewangan.

 

3. Ketakutan dan kebimbangan dari segi kewangan: 


Perceraian juga akan memberi kesan pada segi kewangan. Ini yang menjadi kebimbangan dan ketakutan pada pasangan bila  bercerai nanti. Bagaimana nak menyara kehidupan sendiri, anak-anak, tempat tinggal dan keperluan harian. 


Bagi pasangan yang sama-sama bekerja dalam tempoh kahwin, kebanyakan pendapatan digabung dan sama-sama membayar keperluan keluarga, anak-anak, kenderaan, pinjaman. 


Selepas bercerai, semua perbelanjaan tersebut perlu diatur semula. Yang dulu setuju tanggung sama-sama selepas bercerai jadi beza.


Perbelanjaan yang kecik akan dilihat besar bila terpaksa menanggung sendiri. Yang dulu mampu, bila dah bercerai jadi tidak mampu. 


Bagaimana kalau yang berstatus suri rumah, tidak bekerja dan bergantung sepenuhnya pada suami? sudah tentulah kesan pada mereka lebih serius. Justeru bila perceraian berlaku, support dari orang sekeliling mereka seperti adik beradik, ibu bapa dan anak-anak sangat mereka harapkan. 


4. Ketakutan dan kebimbangan kesan pengaruh pada anak-anak.


Bagi pasangan yang mempunyai anak, kebimbangan dan kekhuatiran mereka sangat tinggi pada apa yang bakal anak-anak hadapi. Mereka merasa takut bahwa perceraian dapat mengganggu pertumbuhan, perkembangan, dan kebahagiaan anak-anak mereka. 


Mereka takut anak-anak hilang tempat bergantung dan merasa kurangnya kasih sayang kerana perceraian. Apatah lagi dalam keadaan hendak memilih samada untuk tinggal dengan ibu atau ayah.


Keadaan ini menyebabkan bimbang kesan pada anak-anak itu membawa mereka ke arah yang lebih teruk pada masa hadapan.


5. Ketakutan dan bimbang akan pandangan msyarakat sosial. 


Perceraian masih dianggap sebagai satu yang serius pada pandangan masyarakat dan ianya lebih diberikan padangan negatif.


Pasangan yang bercerai mungkin merasa malu, tidak selesa dengan pandang serong masyarakat dan merasa bimbang dikecam oleh lingkungan sosial mereka. 


Namun, masyarakat moden sebenarnya sudah boleh memahami dan menerima perceraian dan sudah boleh berkomunikasi dengan baik dengan sesiapa pun. 


Perceraian antara ujian dalam kehidupan rumahtangga. Pasangan yang memilih untuk bercerai atau diperintahkan bercerai perlu lebih bersedia dengan fasa hidup baru yang lebih mencabar baik dari segi kewangan, emosi dan juga fizikal. Persediaan dan dokongan orang sekeliling akan membantu sedikit sebanyak kehidupan mereka.


Moga ada manfaat. LIKE & SHARE


Wallahua'lam


Tuan Mohamad Azlin

12hb Julai 2023

www.azlinsuriati.com


#tuanmohamadazlin 

#kongsiilmuguamansyarie 

#mahkamahsyariah