NAK MEMFAILKAN KES DI MAHKAMAH SYARIAH.
INI PERKARA YANG WAJIB
ANDA FAHAM DAN TAHU.
Memfailkan kes di mahkamah bukanlah satu pengalaman
yang menarik untuk ditempuh. Apatah lagi di Mahkamah Syariah. Bagi pasangan
yang bernikah, mahkamah syariah menjadi tempat yang mereka tidak mahu pergi.
ini kerana ianya sinonim sebagai tempat orang hadapi masalah rumah tangga.
Namun itulah realitinya yang perlu ditempuh oleh
sesetengah orang. Langit tidak selalu cerah. Itulah ungkapan yang sesuai
dikaitkan. Pergi itu bukan sahaja untuk mempertahankan
dan menuntut hak malah untuk menyelesaikan masalah yang semakin lama semakin
menekan.
Ada orang yang datang ke mahkamah syariah untuk
menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dihadapi, ada yang datang
menuntut hak nafkah, ada yang menuntut hak jagaan anak ada juga yang
ditinggalkan lama oleh suami. Rata-rata yang datang dengan pelbagai masalah.
Melalui artikel ini, saya nak kongsikan sedikit
pengalaman saya berkaitan dengan prosedur ringkas memfailkan kes di mahkamah
syariah. Saya tidak kongsikan prosedur perjalanan kes kerana ianya panjang dan
memerlukan penjelasan yang lain. Insyallah pada artikel yang akan datang.
Artikel
ini akan bantu anda untuk memahami perkara penting sebelum anda menaiki tangga
mahkamah untuk failkan kes. Paling tidak anda tidaklah datang dengan “zero
knowledge”. Masa anda juga dapat dijimatkan.
Ini perkara PALING ASAS yang kena tahu sebelum fail
kes:
1. Kes apa
yang nak difailkan.
Anda kena tahu kes apa yang nak difailkan. Kes di
mahkamah syariah ni banyak dan bermacam-macam jenis. Ada berpuluh kes yang
boleh difailkan. Kena tahu secara tepat kes apa yang anda nak failkan.
Masa pegi ke kaunter mahkamah nanti, pegawai
kaunter akan tanya anda soalan pertama
“ Tuan/puan nak failkan kes apa? Kalau soalan ini
tak boleh jawab, rumit la sikit.
Bila dah tau kes dan dah set nak failkan kes apa, mudah
sikit sebab pegawai akan bagi borang mengikut kes yang kita nak failkan.
Contohnya anda nak failkan tuntutan nafkah Iddah,
pegawai akan beri anda borang tuntutan nafkah Iddah. Kaunter takkan beri anda
borang untuk kes lain.
Kalau ada beberapa kes yang nak difailkan, sebutkan
saja. Setiap kes ada borang tersendiri. Anda akan diberi setiap borang untuk
setiap kes.
Isikan sahaja maklumat yang diperlukan dalam
borang. Ambil masa untuk baca. Jangan ada banyak silap. Jangan ada banyak typo.
Kurangkan dan kawal emosi anda masa isi borang.
Jangan sampai menangis isi borang, rosak pula borang tu nanti. Kawal sikit. Ikut pengalaman memang ramai yang beremosi masa isi
borang, sampai tertulis dalam borang tu.
Anda kena tahu mahkamah syariah mana yang boleh anda
failkan kes anda. Bahasa mudah mahkamah mana yang boleh menerima kes anda untuk
difailkan. Tidak semua mahkamah anda boleh failkan. Maksudnya anda tidak lah
boleh pergi ke mana-mana mahkamah dan failkan kes begitu saja. Tidak boleh fail
ikut suka mahkamah mana yang anda nak failkan.
Mahkamah Syariah di Malaysia ada mahkamah rendah,
ada mahkamah Tinggi mengikut bidangkuasa mahkamah.
Selain itu, bagi negeri yang ada banyak daerah
seperti Selangor, Negeri Sembilan atau Perak. Setiap daerah ada mahkamah
sendiri. Anda kena failkan kes di Mahkamah Syariah mengikut daerah yang anda
tinggal.
Di Selangor misalnya, ada 12 buah daerah berbeza,
ada Gombak, hulu Langat, Shah alam dan sebagainya. Anda kena tahu daerah anda
tinggal supaya anda boleh failkan kes di daerah tersebut.
Untuk memfailkan kes di mahkamah, anda perlu mengikut tempat tinggal anda atau tempat anda mastautin.
Jika anda tinggal di Shah Alam misalnya, anda kena
failkan kes di Shah Alam. Anda tidak boleh failkan kes di Banting kerana bukan
tempat tinggal anda atau tempat anda bermastautin.
Contohnya jika anda tinggal di Kuala Lumpur, anda
boleh failkan di Mahkamah Syariah di Kuala Lumpur di Jalan duta.
Bagi maksud mastautin pula adalah bagi mereka yang
tinggal lama di satu tempat. Contohnya anda berasal dari Johor, tapi telah lama
tinggal di Kuala Lumpur, berkahwin dan menetap di KL. Jadi anda boleh memfailkan
kes anda di KL. Tidak perlu pulang ke Johor untuk memfailkan kes. Ini kerana
anda telah dianggap bermastautin di Kuala Lumpur.
3. Siapa
yang boleh mulakan/ failkan kes
Ini pun maklumat yang anda kena tahu. Tidak semua
kes anda boleh failkan. Sebaliknya ada kes yang anda hanya akan jadi Defendan
(yang kena tuntut).
Contohnya kes Nafkah Iddah, hanya boleh difailkan
oleh pihak isteri. Suami tak boleh failkan.
Kes Nusyuz pula hanya suami sahaja yang boleh
failkan. Isteri tidak boleh failkan kes nusyuz. Justeru anda kena tahu info
tersebut.
4. Bila kes
boleh difailkan?
Ada kes yang boleh difailkan dalam tempoh kahwin,
ada yang hanya selepas bercerai dan ada yang selepas kematian.
Anda kena tahu maklumat ini supaya tidak tersalah.
Contohnya kes Mut’ah hanya boleh difailkan selepas bercerai. Jadi jika anda
belum bercerai, kes ini tidak boleh difailkan.
Kes hak jagaan anak misalnya, boleh difailkan
selepas dan semasa kes perceraian difailkan.
Dokumen ini penting sebab setiap kes yang hendak
difailkan ada dokumen yang mesti dilampirkan. Jangan tidak bawa dokumen.
Kes tidak boleh difailkan jika tiada sebarang
dokumen.
Dokumen paling asas untuk dibawa adalah:
1.
Kad
pengenalan/ paspot,
2.
Surat nikah,
3.
Surat cerai
(bagi yang dah bercerai)
4.
Surat rujuk
(bagi yang dah rujuk)
5.
Surat beranak
anak-anak.
….
Nak tak
saya sharekan satu panduan/ebook untuk bantu anda faham semua perkara di
atas. E-book APA HAK SAYA ini adalah tulisan bersama saya dan Puan Suriati Ab
Ghani yang bertujuan untuk bantu anda memahami semua perkara yang perlu tahu
sebelum memfailkan kes.
Boleh klik di link ni untuk info lanjut KLIK SINI UNTUK EBOOK
Mohamad Azlin bin Mohamad Razali
Peguam Syarie
Tetuan Mohamad Azlin & Suriati Associates
salam Saya Fatin 22 tahun , bagaimana cara nya saya mahu mendapat tuntutan nafkah saya sebagai anak pada bapa ? bapa saya dan mak , telah bercerai sejak saya kecil . kini saya mula sedar , bapa saya tidak penah memberi nafkah daru kecil hingga saya 22 tahun . bila saya hubungi mintak tolong bapa , penting untuk pakai duit bawah 500 . dia enggak memberi . malah anak dia dengan isteri baru nya , di tanggung sepenuh nya . saya terkilan , kerana sejak kecil , tidak mendapat apa2 dari bapa . bahkan saya berhenti sekolah , kerana bekeja semasa saya berumur 14 tahun . jadi dengan ini , saya mahu mengambil tindakan ke atas bapa saya yang enggan . terima kasih salam ..
ReplyDelete