Monday 28 October 2013

SAYANG KELUARGA TIDAK MELEBIHI SAYANG PADA ALLAH DAN RASUL







Tulisan ini hanya untuk pembaca berfikir sejenak tentang hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita dengan makhluknya. 

Setiap insan yang berkeluarga pasti mempunyai perasaan sayang yang wujud dalam diri. Sayang pada ibu bapa, sayang pada suami, sayang pada isteri dan anak-anak. Perasaan ini wujud tanpa kita sedar kerana Allah yang menciptanya dan letakkan dalam hati kita. Ianya tidak nampak dan tidak mempunyai fizikal. Tetapi ianya ada dalam hati kita. Hebat ciptaan Allah. 

Keluarga bahagia wujud dengan adanya perasaan sayang menyayangi, kasih mengasihi dan bertanggungjawab. Ukuran kebahagiaan sesebuah keluarga di sisi syarak adalah keluarga yang mendapat rahmat dan keredhoan Allah. Keluarga yang menjalani kehidupan mengikut syariat dan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Rahmat Allah dan syafaat nabi akan membawa kita ke syurga. Bahagia di dunia bahagia juga di akhirat. 

Kebahagiaan keluarga tidak diukur dengan banyaknya harta atau besarnya rumah. Itu mungkin ukuran dari mata sahaja. 

Perasaan sayang kita pada ahli keluarga pasti wujud kerana kita hidup bersama dan menjalani hidup bersama. Tetapi sayang kita pada makhluk ada batasnya. Kita tidak boleh menyayangi makhluk melebihi sayang kita pada Allah. Kita tidak boleh menyayangi keluarga kita hingga kita sendiri melanggar perintah Allah. Sayang pada Allah dan Nabi Muhammad S.A.W mestilah sentiasa lebih dari sayang pada diri kita sendiri dan sayang kita pada mahkhluk yang lain

Allah telah wujud sebelum suami atau isteri kita dilahirkan lagi. Allah yang telah menjadikan kita, pasangan kita dan zuriat yang kita lahirkan. Allah yang menentukan jodoh kita dan mencampakkan rasa sayang kita pada isteri, suami dan anak-anak. 

Apa yang kita bimbang, perasaan sayang kita pada keluarga menjauhkan kita pada Allah lebih teruk lagi semakin hari semakin lupa pada Allah.  

Pernah tak pembaca dengar lagu kanak-kanak ini: satu satu saya sayang Allah, Dua dua sayang Rasulullah, tiga tiga sayang ibu ayah….satu dua tiga sayang semuanya…. Ini lagu kanak-kanak. Orang dewasa macam kita mungkin tidak menyanyikan lagi lagu ini lagi. Tetapi lagu ini mengajar kita sebenarnya tanpa kita sedari. 

Semoga kebahagiaan berumahtangga yang kita kecapi kini semakin mendekatkan kita lagi pada Allah dan redhonya.

Mohamad Azlin
(Peguam Syarie)
28hb Oktober 2013

Wednesday 18 September 2013

Selamat datang ke blog saya. Blog ini bertujuan memberikan info-info mengenai kekeluargaan Islam dan juga mengenai pengurusan harta.

Apa yang ingin pembaca tahu mengenai hak-hak dalam rumah tangga, perceraian, tuntutan hak selepas perceraian juga mengenai wasiat, hibah dan faraid (pusaka) ada di dalam blog ini.
   
Moga kehadiran blog ini dapat memberi manfaat dan maklumat yang sangat berguna untuk para pembaca. Wallahu'lam