Wednesday 7 November 2018

Keganasan rumah tangga. Luka dalam yang sukar diubati







Keganasan rumah tangga bukan lagi isu asing dalam masyarakat kita terutamanya di kalangan orang Islam.

Tidak seperti keluarga dahulu, gejala pukul memukul pasangan kerap menjadi-menjadi sehingga ianya menjadi satu kebimbangan yang tidak dapat disembunyikan lagi. Jika dulu kita hanya dengar sekadar pertengkaran mulut, kini tidak setakat itu. Sepak terajang, tumbuk, lempang, cubit, gigit malah dibaling barang atau senjata tajam mula terjadi bila marah.

Tahukah anda, kesan keganasan rumah tangga ini bukan setakat pada tubuh badan tetapi ianya lebih parah kepada hati.

Luka atau lebam yang ada pada tubuh badan boleh dirawat dan diubati. Lambat laun lebam atau luka akan sembuh. Adakalanya ianya sembuh seperti sedia kala.

Namun luka didalam kebanyakkan tidak sembuh. Hati dan perasaan mula membibit perasaan benci dan remuk apabila tangan hinggap pada tubuh badan mereka. Mana tidaknya, orang yang diharap menjadi pelindung kini menjadi ancaman.

Dalam banyak kes yang saya kendalikan, ramai isteri memendam rasa benci dan tiada lagi rasa sangat dan tidak selamat apabila berada bersama pasangan.  Jika tiada lagi rasa sayang, bagaimana rumahtangga nak harmoni. Fikir-fikirkan.

Moga ada manfaat untuk anda.

Mohamad Azlin bin Mohamad Razali
Peguam Syarie
Tetuan Mohamad Azlin & Suriati Associates
Ampang, Selangor

07/11/18

------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perlukan khidmat nasihat?
Klik pada link di bawah untuk info

KLIK SINI