Saya kongsikan 4 TIPS penting yang akan memudahkan
proses tuntutan nafkah iddah tersebut.
Iddah
dari sudut bahasa bermaksud pengiraan yang diambil daripada perkataan (adad) yang memberi
makna bilangan kerana ia mengandungi tempoh suci ataupun bilangan bulan.
Ianya
juga merupakan satu masa yang ditentukan untuk menamatkan apa-apa kesan
daripada perkahwinan. Apabila berlaku perpisahan di antara seorang lelaki
dengan isterinya maka hubungan perkahwinan antara isteri dengan suaminya tidak
akan terputus kesemuanya hanya dengan berlakunya perpisahan, bahkan isterinya
wajib menahan dirinya dan tidak mengahwini orang lain sehinggalah tamat tempoh
yang telah ditetapkan oleh syarak tadi dan disyariatkan kerana asalnya dalam
perceraian adalah talak raj’ie (talak satu dan dua) maka semestinya wujud
peluang bagi pihak lelaki untuk rujuk kembali kepada isterinya.
Bila sebut nafkah iddah, rata-rata orang tahu
ianya salah satu hak isteri yang timbul selepas perceraian berlaku. Selain dari
Mutah, nafkah anak, nafkah tertunggak, nafkah iddah adalah salah satu kes yang
difailkan di mahkamah selepas perceraian.
Namun dalam urusan memfailkan kes nafkah iddah ini
di mahkamah, ada juga yang hadapi masalah atau kekeliruan dalam kes nafkah
iddah ini. Kebiasaannya disebabkan tiada pengetahuan dan panduan bagaimana
hendak memulakannya.
Artikel ini saya tulis untuk kongsikan beberapa
tips penting yang boleh anda ambil sebagai panduan supaya tidak hadapi masalah
nanti.
(1)
Mulakan tuntutan selepas tamat tempoh
iddah.
Umum mengetahui bila bercerai maka anda sudah boleh
menuntut nafkah iddah. Tapi bila waktu sebaiknya untuk menuntut. Adakah sejurus
selepas bercerai, beberapa hari selepas bercerai atau nak tunggu iddah habis
baru menuntut?
Sebaiknya ia dituntut selepas tamat tempoh iddah.
Persoalannya apa rasionalnya ia dituntut
selepas habis tempoh iddah?
Saya banyak terima soalan sebegini dari client
bila saya nasihatkan client untuk tunggu iddah tamat baru mulakan tuntutan. So
saya kongsikan jawapannya dengan anda.
Tuntutan iddah ini adalah tuntutan bertempoh.
Tempohnya pula tertentu iaitu hanya dalam tempoh iddah. Tempoh iddah tersebut
perlu diketahui dengan jelas. Jadi bagaimana anda nak tentukan berapa lama tempoh
iddah anda sebenarnya jika ianya belum tamat.
Jika anda mulakan tuntutan dalam keadaan tempoh
iddah anda belum tamat. Pertamanya, sudah semestinya anda tidak pasti berapa
tempoh iddah anda. Keduanya jumlah yang perlu dituntut juga tidak akan dapat
dipastikan kerana tempoh iddah pun anda sendiri tidak pasti. Betul tak?
Jadi rasionalnya adalah untuk kita tahu dan jelas
berapa lama tempoh iddah tersebut. Bila dah tahu tempoh yang tepat senanglah untuk
membuat tuntutan. Senanglah anda hendak nyatakannya pada mahkamah.
(2)
Kirakan tempoh iddah dengan jelas dan
tepat
Bila sudah tahu
tempohnya secara tepat. Kirakan dan nyatakan berapa lama tempohnya dalam borang
mahkamah. Contohnya tempoh iddah 62, atau 70 hari dan sebagainya. Lagi baik
sebutkan bila ianya bermula dan bila ianya tamat.
Tempoh iddah berbeza
antara satu sama lain. Ada iddah dikira dengan kiraan 3 kali suci dan ada yang
dikira dengan tempoh mengandung hingga kelahiran anak.
Bagi tempoh 3 kali
suci pula, ada orang tempohnya singkat, ada orang tempohnya lama. Iddah orang
diceraikan dalam tempoh suci berbeza dengan tempoh iddah orang yang bercerai
dalam keadaan haid walaupun ia dikira mengikut 3 kali suci. Kebiasaaanya isteri
yang diceraikan dalam keadaan haid akan lalui tempoh iddah yang panjang berbanding
yang dicerai dalam keadaan suci.
Begitu juga orang
yang diceraikan dalam keadaan mengandung. Ada yang sekejap dan ada yang lama
mengikut kelahiran anak yang dikandungkan. Kalau bercerai masa kadungan baru
sebulan, lamalah tempoh iddahnya. Kalau bercerai masa kandungan 8 bulan,
tempohnya mungkin sebulan sahaja sebab iddah orang yang mengandung dikira bila
melahirkan anak.
Perlu anda ingat,
mahkamah tidak tahu berapa tempoh iddah anda. Anda lah yang bertanggungan untuk
beritahu fakta tersebut kepada mahkamah. Anda lah yang kena kira berapa hari
iddah anda dan nyatakan kepada mahkamah. Jadi jangan lupa nyatakan tempoh iddah
dan tempoh bermula dan tamat supaya mahkamah jelas dengan tempoh iddah anda.
(3)
Kirakan berapa keperluan anda
Tuntutan
nafkah iddah ini bertujuan untuk menuntut nafkah dan keperluan yang digunakan
dalam tempoh iddah anda. jadi anda mesti kemukakan kepada mahkamah apa yang
anda belanjakan.
Senaraikan
secara teratur satu persatu keperluan tersebut dan jumlahnya. Antara keperluan
yang boleh anda tuntut antaranya makan minum, pakaian, tempat tinggal,
kebersihan diri dan keperluan kesihatan.
Buatkan
senarai supaya mudah dibaca. Sebagai contoh rumah RM 800, Makan minum RM 1000
dan sebagainya.
Tidak
cukup itu sahaja, anda MESTI tunjukkan kepada mahkamah bagaimana anda buat
kiraan hingga dapat jumlah tersebut.
Sebagai
contoh tempoh iddah anda 70 hari. Makan minum anda kira RM 10 satu hari (ini
contoh je ye). Jadi 10 x 70 hari = RM 700.00. So boleh faham ye.
Ini
saya nak nasihatkan supaya anda jangan hanya letak jumlah sahaja tapi anda kena
sebutkan juga macamana anda kira hingga dapat jumlah tersebut.
(4)
Kemaskini atau sediakan dokumen dan
kiraan yang mudah difahami.
Setiap tuntutan di mahkamah berkait dengan dokumen. Itu yang perlu anda ingat. Jadi anda sangat digalakkan untuk sediakan dokumen-dokumen perbelanjaan yang anda guna semasa dalam tempoh iddah.
Jika
beli pakaian, bawakan resitnya. Jika ada beli barang makan minum, bawa resit. Begitu
juga rawatan atau beli barang keperluan anda. Jika dulu anda tidak kisah pasal
resit. Untuk tempoh iddah anda kena kisah pasal resit dan dokumen ini sebab ia akan
membantu anda dalam tuntutan tersebut.
Peguam
pun jika anda berjumpa mereka, peguam pun akan tanya jika ada anda dokumen. Lega
rasanya jika ada client yang memang simpan semua resit.
Jika
anda dah takde resit, anda boleh buat kiraan sendiri dan tulis. Kiraan tersebut
insyallah boleh bantu anda. Jangan main teka-teka jumlah sahaja.
(5)
Jangan biarkan masa berlalu terlalu
lama.
Jangan
ambik masa terlalu lama baru nak menuntut nafkah iddah. Sesetengah orang
menunggu masa yang terlalu lama baru datang ke mahkamah. Mungkin ambik masa
mengubat hati.
Ada
yang dah bertahun tahun cerai, ada yang dah 5 tahun cerai baru nak mulakan
menuntut. Bukan ianya tidak boleh menuntut, tapi anda akan hadapi “kerumitan”
dalam kes anda nanti sebab banyak benda yang anda telah lupa.
Masa
yang terlalu lama akan membuatkan anda lupa dan tidak pasti tempoh iddah anda. Anda
juga akan lupa apa yang anda guna dan apa keperluan anda masa iddah tersebut. So
macamana nak buat kiraan.
Bayangkan
kalau tempoh iddah anda 5 tahun dulu, mana mungkin anda ingat apa yang anda
makan, mana anda tinggal dan berapa pakaian yang anda gunakan. Apa yang kita
makan semalam pun belum tentu kita ingat.
Saya
tidak kata anda tidak boleh menuntut. Boleh menuntut cuma ianya tidak “mudah”,
berbeza jika tempohnya tidak lama.
Semoga ada manfaat untuk anda. Share untuk manfaat bersama.
Mohamad Azlin Bin Mohamad Razali
Tetuan Mohamad Azlin & Suriati Associates
Bukit indah, Ampang. Selangor
Tuan.. Kalau ex suami tiada pekerjaan dan hanya membuat kerja part time.. Boleh ke tuntut nafkah iddah? Sedangkan nafkah anak yg dah dikeluarkan perintah pun dia liat nak bagi.. Macam mane tu tuan? Masih boleh boleh tuntutan ke untuk nafkah iddah?
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan..saya ayu..ingin bertanya..saya tdak tahu apa2 hal nafkah idah ni..situasi saya cmni...saya di cerai kan melalui wasap dgn talak 1 pada 20hb Disember 2020..sekarang duit peruntukan yg di potong ke akaun saya rm700 sebulan melalui KEMENTAH...Selepas suami lafaz talak..dia minta saya pulangkan semula duit2 tu mulai dari bulan 11...saya keliru..ats pendapat yg saya telah bertanya..mereka x benarkan saya pulangkan..suami akan tamat khidmat bulan 4 2021..dan duit potongan saya akan masuk sehingga bulan 3 ini..kalau saya anggapkan duit itu sebagai nafkah iddah saya..adakah d bolehkan..dan bagaimana ank2 yg saya sara..perlukah saya tuntut nafkah ank2 yg ada pada saya...mohon penjelasan tuan...terima kasih
ReplyDelete