Bagaimana prosedur memfailkan kes di
mahkamah Syariah?
Artikel sebelum ini saya dah kongsikan tentang 5 perkara penting yang anda wajib tahu sebelum memulakan atau memfailkan kes di mahkamah Syariah.
Panduan ini adalah untuk anda yang memulakan kes tanpa diwakili peguam syarie, jika anda sudah melantik peguam, anda tidak perlu fikir semua ini sebab peguam akan uruskan semuanya.
1. Datang
ke mahkamah Syariah yang berbidangkuasa dan terus ke kaunter mahkamah Syariah untuk
mendapatkan borang.
Setiap kes yang anda hendak failkan mesti dibuat
dalam borang mahkamah. Borang tersebut diberikan percuma kepada anda yang
hendak memfailkan kes. Anda perlu terus ke kaunter dan beritahu anda hendak
memfailkan tuntutan atau permohonan. Pihak kaunter akan tanyakan anda beberapa
soalan antaranya di mana anda tinggal. Soalan ini nak pastikan anda tidak salah
mahkamah dan mahkamah yang anda pergi adalah mahkamah yang berbidangkuasa.
2. Minta
borang mengikut kes yang anda nak failkan.
Memang borang disediakan untuk anda di kaunter. Tetapi
tidak semua borang anda bolah ambil.
Anda hanya akan diberikan borang mengikut jenis kes
yang anda hendak failkan. Jadi kena sebutlah kes apa yang hendak difailkan.
Jadi kena tahu kes apa yang hendak difailkan.
Kalau masih tak tahu, anda boleh tanya di kaunter sebenarnya, tapi
proses anda akan jadi lambat. Nak isi borang nanti pun akan ambik masa.
Kan lebih senang kalau anda dah tahu kes apa yang
hendak anda failkan.
Beritahu kes apa yang hendak difailkan, pihak
kaunter akan berikan. Jika ada beberapa kes, mereka akan beri bebera borang. Setiap
satu kes/tuntutan ada borang tertentu.
3.
Isikan borang tersebut mengikut fakta dan maklumat
yang diperlukan seperti diminta dalam borang.
Borang yang diberikan berkonsep fill in the blank atau isi tempat
kosong. Isi kan saja maklumat yang diperlukan. Biasanya akan ada panduan nak
isi disediakan. Jika tidak ada, anda masih boleh bertanyakan pada kaunter.
4. Kepilkan
dokumen berkaitan seperti ic, surat nikah, surat beranak anak-anak.
Semua
borang perlu dikepilkan bersama dengan borang. Hantar borang bersama dengan
semua dokumen sokongan anda.
Bila dah siap isi, hantar ke kaunter. Pegawai akan semak dan jika takde masalah, anda perlu buat bayaran di kaunter bayaran. Kalau ada masalah kena betulkan semula.
Jika selesai bayaran, anda akan diberikan tarikh untuk hadir ke mahkamah. Ambil date yang sesuai yang anda boleh hadir.
Maklumat
tambahan untuk anda:
· Ada 2 kaunter yang perlu tahu di mahkamah Syariah. 1 kaunter pendaftaran dan satu lagi kaunter
bayaran. Setiap kes yang nak didaftarkan perlu bayar. Jadi mula urusan di
kaunter pendaftaran kemudian ke kaunter bayaran. Jika dah selesai bayar, maka
resit kena tunjuk di kaunter pendaftaran.
Biasanya kaunter bayaran akan tutup cepat berbanding kaunter
pendaftaran. So kalau x selesai bayaran, pendaftaran akan tertangguh. Jadi
nasihat saya sebaiknya jika nak uruskan pemfailan kes, urus sebelah pagi,
elakkan datang petang sebab kita terkejar-kejar nak membayar nanti. Masa pun
suntuk.
Bawa duit kecil untuk pendaftaran. Jangan bawa duit note besar, sebab kaunter hanya
ada duit yang sangat minima setiap hari. Kalau semua orang bawa duit besar
susah nak tukar. Bawa lah duit kecil, pegawai kaunter akan senyum kat anda
sebab mudahkan dia. Untung-untung anda boleh didahulukan. Orang lain disuruh
tukar duit dulu.
Proses pemfailan kes anda pun akan jadi cepat. Kan untung tu!
Bawa dokumen asal dan copy sekali (sebaiknya 3 salinan) supaya anda tidak buang masa
nak cari tempat nak Photostat. Kalau boleh buat 4 copy lagi baik. Mahkamah akan
guna at least 3 atau 4 copy dokumen dalam setiap kes. Kalau kita dah ada bawa
siap boleh bagi terus, tak perlu cari kedai nak copy lagi.
Masa
menunggu pendaftaran akan ambil masa sedikit, jadi isi perut siap-siap supaya anda tidak perlu ke cafe untuk
makan, bimbang nombor anda terlepas anda kena ulang semula proses. Orang yang
menunggu ramai, takut kaunter tidak beri kelonggaran pada nombor yang dah
terlepas.
Moga
ada manfaat untuk anda.
Mohamad Azlin Bin Mohamad Razali
Peguam syarie
Tetuan Mohamad Azlin
& suriati associates
No comments:
Post a Comment