Saturday 3 March 2018

FASAKH: PERKONGSIAN KES SEBENAR



FASAKH: PERKONGSIAN KES SEBENAR 

(Bagaimana peguam kendalikan)

...................................................................................

Posting kali ini saya nak kongsikan bagaimana saya membantu seorang wanita dalam tuntutan Fasakhnya sehingga selesai. 


Wanita muda ini telah diabaikan nafkah zahirnya, dipukul dan dikurung hampir seminggu oleh bekas suaminya. Beliau membuat tuntutan di mahkamah syariah secara bersendiri dan mengalami masalah tangguhan akibat tidak faham prosedur. 


Selepas satu sesi consultation, saya ambil alih kes beliau dan kendalikan sehingga selesai. Saya kongsikan secara ringkas bagaimana ianya dibuat dalam video berdurasi 17 min ini. 


Dalam video ini saya kongsikan:
1. Latar belakang kes & masalah yang anakguam hadapi.
2. Kesilapan anakguam memilih alasan semasa memfailkan
    sendiri kes beliau
3. Bagaimana kita buat serahan pada suami yang hilang tanpa jejak.
4. Bagaimana dan mengapa kita pinda alasan fasakh dari 7
    kepada satu sahaja. 


Perkongsian ini merujuk kepada kes ini saja, mungkin ada beza dengan masalah tuan/puan. tetapi perkongsiannya dan tips boleh dijadikan panduan dan sangat direkomen untuk ditonton. 


Moga ada manfaat untuk anda.


KLIK SINI untuk tonton videonya.

Tuan Mohamad Azlin Bin Mohamad Razali
Peguam Syarie

No comments:

Post a Comment