Friday, 2 January 2015

Ebook Hak Jagaan Anak



HAK JAGAAN ANAK 

(INFO PADAT DAN PROSEDURNYA)


Assalamualaikum.

Tahukah anda, salah satu tuntutan yang banyak difailkan di mahkamah adalah kes tuntutan hak jagaan anak.



Tahukah anda, ramai pasangan yang telah berpisah masih tidak tahu cara hendak menyelesaikan masalah penjagaan anak mereka. Ramai juga yang tidak faham dan tidak tahu berkaitan proses memohon hak jagaan anak. 

Yang paling malang bila banyak sangat salah info hingga hak jagaan anak yang selayaknya dapat tetapi digugurkan sebab takde info.




Tahukah anda, tanpa sebarang perintah hak jagaan anak bagi pasangan yang bercerai mungkin memberi kesulitan untuk pendaftaran dikemudian hari. 



Anda ada 1001 persoalan mengenai hak jagaan anak?


Anda nak tahu tetapi tiada sumber rujukan dan tidak tahu kemana nak dirujuk? 


Anda sudah bercerai tetapi belum ada perintah hak jagaan anak. Anda hendak tahu secara jelas macamana nak memohon hak jagaan anak?


Anda hendak tahu proses, prosedur, cara, isu, masalah, solusi dan apa sahaja mengenai hak jagaan anak?


Anda hendak tahu semua itu? Dapatkan Ebook ini:

“HADHANAH, INFO YANG PERLU ANDA KETAHUI & PROSEDURNYA”



KELEBIHAN BUKU INI                                            

  • Dalam e-book ini berkongsikan kepada tuan/puan segala info dan maklumat yang anda hendak tahu mengenai hak jagaan anak. Seolah-olah anda dapatkan sendiri maklumat ini dengan berjumpa peguam syarie.
  • Kelebihan buku ini adalah info dihidangkan untuk anda secara ringkas, padat dan berbentuk soalan jawapan. Bukan sekada fakta malah info juga diberikan secara step by step untuk anda lebih memahami.
  • Ebook ini ditulis oleh Peguam syarie yang telah lama beramal dan mengendalikan banyak kes melibatkan hak jagaan anak di mahkamah Syariah.
  • Penyampaiannya secara santai dan secara terus memberi anda lebih pemahaman yang lebih menyeluruh.


KANDUNGAN

Maklumat dalam ebook ini ditulis secara soalan & jawapan satu persatu. Antara info yang dikemukakan dalam ebook ini berkaitan dengan:


-  Mengapa perlu ada perintah hak jagaan anak?
-  Bila boleh mohon hadhanah?
-   Siapa yang perlu mohon hak jagaan anak?
-   Ada atau tidak orang lain yang boleh memohon?
-  Dimana untuk menuntut hak jagaan anak?
- Apa yang boleh dituntut? Bagaimana hak jagaan hilang

Bagaimana kalau saya mohon tetapi pasangan tidak hadir?

-  Boleh atau tidak ibu atau bapa mendapat hak jagaan bersama?

- Bagaimana cara cepat untuk selesaikan kes hak jagaan anak?

-  Kalau saya dapat hak jagaan anak, pihak satu lagi dapat apa?

Macamana prosesnya? Macamana nak mohon hak jagaan anak?

Berapa lama kes hak jagaan ambil masa?

Bagaimana hak jagaan anak bagi anak tidak sah taraf.

Salah faham masyarakat tentang hak jagaan anak dan banyak lagi info yang padat dan lengkap.



Dapatkan segera buku ini jika anda mahukan jawapan dan percaya ianya dapat membantu menyelesaikan masalah anda. 


Jangan tunggu lagi, jangan biarkan masalah anda terus bersarang di fikiran anda. Ambil langkah mula untuk selesaikan masalah anda. 

Laburkan sedikit wang untuk ilmu yang dapat membantu anda menyelesaikan masalah anda.



Berminat?




Tahukah anda berapa kos yang anda perlu bayar untuk dapatkan khidmat nasihat Peguam? Tidak tahu? Secara purata kosnya dalam RM 100 atau ada yang lebih lagi.

Tahukah anda berapa masa yang diperuntukkan untuk anda mendapatkan nasihat Peguam? Tidak tahu? Biasanya, tempoh 1 jam atau 2 jam adalah tempoh biasa yang diperuntukkan.

Tahukah anda berapa banyak soalan yang anda dapat tanya dalam tempoh tersebut? Tidak tahu? Mungkin tidak banyak kerana waktunya terhad.  


BERAPA HARGA EBOOK INI?

 
Ebook ini berharga hanya RM50.00 sahaja

Dengan hanya RM 50, anda dapat semua maklumat yang anda hendak tahu.

Dengan hanya RM 50, anda boleh membacanya berkali-kali jika tidak faham tanpa terikat dengan masa.

Dengan hanya RM 50, Insyallah dapat membantu anda menyelesaikan permasalahan anda.



Jangan tunggu lagi, dapatkan segera buku ini, 

CARA PEMBELIAN

  1. Buat pembayaran RM 50.00 ke akaun


 12760001157208 (MOHAMAD AZLIN)

 562674204312 (MOHAMAD AZLIN &  
                          SURIATI ASSOCIATES)

  2.  Hantar maklumat pembayaran anda beserta, nama dan email anda  secara whatsapp ke 012-2773829 atau emailkan bukti pembayaran ke peguamsyariemohd@yahoo.com.




Friday, 14 November 2014

SUAMI MOHON POLIGAMI! APA HAK ISTERI SEDIA ADA?



HAK-HAK ISTERI SEDIA ADA BILA SUAMI MOHON BERPOLIGAMI



Islam membenarkan poligami berdasarkan firman Allah dalam surah An-nisa ayat 3 yang bermaksud:


Maka kahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan, dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil, maka nikahlah seorang sahaja.

Poligami diamalkan banyak pasangan di Malaysia. Isu poligami memberi banyak respon positif dan negatif terutamanya bagi wanita. Tidak dinafikan persepsi negatif banyak diberikan bukan sahaja melalui orang awam malah media juga memberi gambaran yang tidak enak untuk dibaca.

Poligami itu tidak pernah salah kerana ianya dibenarkan syarak melalui firman Allah, malah ianya sunnah Rasulullah S.A.W. Apa yang dibenarkan Allah dan apa yang diamalkan oleh nabi sendiri pasti sesuatu yang baik. 

Apa yang tidak baik dan silapnya ialah orang yang berpoligami itu sendiri. Banyak orang lelaki yang berpoligami itu sendiri tidak patuh pada perintah Allah dan rasul, tidak adil dan tidak bertanggungjawab. Maka jadilah pengabaian isteri dan anak-anak kerana tidak bertanggungjawab. Pihak yang paling terkesan adalah isteri pertama (sedia ada). Hak mereka selalu dinafikan. 

Artikel ini saya kongsikan hak- hak yang boleh dituntut isteri sedia ada bila timbul poligami bagi menjamin hak isteri sedia ada di kemudian hari.
           
          1-   Nafkah diri- -

Nafkah adalah satu pemberian wajib yang dipertangungjawabkan ke atas suami untuk isteri. Nafkah terdiri daripada saraan hidup seperti makan minum, pakaian, tempat tinggal. Dalam perkahwinan, suami dan isteri biasanya tidak terlalu mengasingkan atau menentukan berapa nafkah yang perlu dibayar suami kepada isterinya. Ini terjadi kerana sama-sama tinggal bersama dan makan sama-sama.

Mahkamah juga tidak menentukan jumlah nafkah yang wajib dibayar bila satu pasangan bernikah. Semua pasangan yang bernikah di Malaysia tidak ditetapkan berapa pembayaran nafkah yang wajib.

Namun dalam kes suami mohon berpoligami, semasa suami memohon untuk berpoligami, suami perlu mengisi borang permohonan untuk berpoligami.  Dalam borang tersebut, ada ruang yang perlu di isi oleh Pemohon iaitu berkaitan nafkah. Suami perlu mengisi berapa nafkah yang mahu dibayar bagi isteri sedia ada.

Apabila isteri menerima borang permohonan tersebut, maka isteri akan tahu berapa nafkah yang akan disediakan untuknya. Tanpa perlu mohon, ianya akan disebut dan dinyatakan sendiri oleh suami.

Sekiranya tiada, maka puan boleh mohon mahkamah untuk ditentukan nafkah puan dan boleh juga mohon cara pembayaran nafkah ditetapkan bagi lebih memudahkan pembayaran nafkah dibuat.

2.  Giliran bermalam- 

Isteri sedia ada boleh memohon pada mahkamah untuk menentukan giliran bermalam. Penentuan giliran bermalam hanya ditentukan mahkamah dalam kes poligami sahaja. 

Giliran bermalam biasanya di tentukan secara mingguan. Contohnya isteri pertama selama 4 malam, isteri kedua pula 3 malam ataupun mengikut kesesuaian masa yang difikirkan perlu antara suami isteri. Giliran tersebut akan diperintahkan mahkamah dalam kes poligami. Perintah tersebut perlu dipatuhi suami selepas mahkamah meluluskan permohonan poligaminya.
Penentuan giliran ini perlu supaya suami dan isteri pertama atau isteri kedua tahu dan faham giliran yang perlu mereka patuhi supaya tidak timbul isu dikemudian hari.

Dengan wujudnya perintah tersebut, maka hak isteri sedia ada terutamanya hak bermalam akan terjamin.

3.       HARTA SEPENCARIAN

Harta sepencarian adalah harta yang diperolehi suami isteri dalam tempoh perkahwinan. Harta tersebut contohnya seperti rumah, tanah, kereta, atau apa sahaja harta yang diperolehi dalam tempoh kahwin mereka.

Dalam permohonan poligami, isu harta sepencarian juga akan dibincangkan. Harta-harta yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan yang pertama akan ditentukan yang mana satu milik isteri dan milik suami.

Penentuan harta sepencarian tersebut perlu kerana suami akan berkahwin baru dan mula memperolehi harta-harta yang baru dengan isteri kedua. Justeru harta-harta sepencarian perlu ditentukan dan dibahagikan siap-siap supaya tidak bercampur antara harta dengan isteri pertama dengan harta dengan isteri kedua.

Penentuan ini dapat menyenangkan pihak-pihak dan menghindar dari wujudnya perebutan harta di kemudian hari.

Kesimpulan

Dalam permohonan poligami, mahkamah bukan sahaja mengambil kira kemampuan suami. Malah hak-hak isteri sedia ada juga akan didengar dan ditentukan bagi menjamin hak mereka tidak dinafikan dan diabaikan. Oleh itu, mohonlah hak anda.

Moga apa yang dikongsikan dapat memberi manfaat untuk pembaca. Wassalam.

Peguam Syarie Mohamad
13hb November 2014