Tulisan ini hanya untuk pembaca berfikir sejenak
tentang hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita dengan makhluknya.
Setiap insan yang berkeluarga pasti mempunyai perasaan
sayang yang wujud dalam diri. Sayang pada ibu bapa, sayang pada suami, sayang
pada isteri dan anak-anak. Perasaan ini wujud tanpa kita sedar kerana Allah
yang menciptanya dan letakkan dalam hati kita. Ianya tidak nampak dan tidak
mempunyai fizikal. Tetapi ianya ada dalam hati kita. Hebat ciptaan Allah.
Keluarga bahagia wujud dengan adanya perasaan sayang
menyayangi, kasih mengasihi dan bertanggungjawab. Ukuran kebahagiaan sesebuah keluarga
di sisi syarak adalah keluarga yang mendapat rahmat dan keredhoan Allah. Keluarga
yang menjalani kehidupan mengikut syariat dan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Rahmat
Allah dan syafaat nabi akan membawa kita ke syurga. Bahagia di dunia bahagia
juga di akhirat.
Kebahagiaan keluarga tidak diukur dengan banyaknya
harta atau besarnya rumah. Itu mungkin ukuran dari mata sahaja.
Perasaan sayang kita pada ahli keluarga pasti wujud
kerana kita hidup bersama dan menjalani hidup bersama. Tetapi sayang kita pada
makhluk ada batasnya. Kita tidak boleh menyayangi makhluk melebihi sayang kita
pada Allah. Kita tidak boleh menyayangi keluarga kita hingga kita sendiri
melanggar perintah Allah. Sayang pada Allah dan Nabi Muhammad S.A.W mestilah
sentiasa lebih dari sayang pada diri kita sendiri dan sayang kita pada mahkhluk
yang lain.
Allah telah wujud sebelum suami atau isteri kita
dilahirkan lagi. Allah yang telah menjadikan kita, pasangan kita dan zuriat
yang kita lahirkan. Allah yang menentukan jodoh kita dan mencampakkan rasa
sayang kita pada isteri, suami dan anak-anak.
Apa yang kita bimbang, perasaan sayang kita pada
keluarga menjauhkan kita pada Allah lebih teruk lagi semakin hari semakin lupa
pada Allah.
Pernah tak pembaca dengar lagu kanak-kanak ini: satu
satu saya sayang Allah, Dua dua sayang Rasulullah, tiga tiga sayang ibu ayah….satu
dua tiga sayang semuanya…. Ini lagu kanak-kanak. Orang dewasa macam kita
mungkin tidak menyanyikan lagi lagu ini lagi. Tetapi lagu ini mengajar kita
sebenarnya tanpa kita sedari.
Semoga kebahagiaan berumahtangga yang kita kecapi kini
semakin mendekatkan kita lagi pada Allah dan redhonya.
Mohamad Azlin
(Peguam Syarie)
28hb Oktober 2013